PERANG BANI AL-MUSTALIQ | Perang Bani al-Mustaliq berlaku pada awal bulan Syaaban tahun 6 H./628 M. antara orang Islam di Madinah dengan golongan Bani al- Mustaliq yang menyembah berhala. | UMUM | |
NABI YUNUS A.S. | Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
NABI ILIAS A.S. | Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s. kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan kesesatan yang meluas di kalangan mereka. Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan menyembah berhala dan beralih kepada menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka tidak menerimanya. | UMUM | |
SURAH AL-‘ANKABUT | Surah al-‘Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut susunan surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 69 ayat. Ia dinamakan Surah al-‘Ankabut (Labahlabah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud: “Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)...”. (Surah al-‘Ankabut 29:41) | UMUM | |
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN | Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./ ? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh sebab itu dia segera memeluk Islam dan merupakan antara enam orang terawal menemui Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik sebagai salah seorang naqib. | UMUM | |
SURAH IBRAHIM | Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang kesan peninggalan bapa para nabi dan imam golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala, membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul. | UMUM | |
ACROPOLIS | Acropolis ialah pusat agama dan tentera sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah berhala dewa mereka. | UMUM | |
SURAH AL-AN‘AM | Surah al-An‘am ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 165 ayat. Surah ini dinamakan al-An‘am (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)...”. (Surah al-An‘am 6:136) | UMUM | |