SARUNG TANGAN | Sarung tangan ialah penutup perlindungan atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan. | UMUM | |
MASQUE | Masque ialah suatu bentuk pementasan yang beradun dan berhias, yang dipersembahkan di istana raja-raja Eropah. | UMUM | |
NIEMEYER, OSCAR | Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer sering menggunakan bentuk berhias bagi keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni barok di Brazil. | UMUM | |
KAIN KERIKAM | KAIN KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BOUCHER, FRANÇOIS | Boucher, François (1703–1770), pelukis Perancis. Karyanya menunjukkan gaya rococo yang elegan, berhias dan berwarna-warni, yang sangat popular pada tahun 1700-an. | UMUM | |
BAJU KUTANG | BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut ‘kutang’ sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut ‘coli’. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara. | BUDAYA | Pakaian |
KAIN LIMAR | KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang. | BUDAYA | Kraf Tangan |