Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : saling berhubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
KRITIKAN SASTERAKritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu..SASTERAKonsep
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
DARAT

DARAT, suatu konsep ruang fizikal masyarakat Melayu yang berorientasikan bentuk muka bumi dalam hubungannya dengan ruang baruh. Biasanya, bahagian darat adalah muka bumi yang lebih tinggi yang berhubungan dengan bahagian yang lebih rendah, iaitu baruh dan juga bahagian yang mungkin mengandungi bentuk berbukit-bukit. Di antara kedua-dua bentuk ruang bumi ini, biasanya dipisahkan oleh ciri-ciri lembah, sungai ataupun paya.

          

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERSEKITARAN

Persekitaran ialah semua benda yang berada

di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia

meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan,

dan manusia lain. Persekitaran tumbuh-

tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya

matahari, dan haiwan yang akan memakan

tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak

bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari,

membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa

seperti lumut dan makanan mewujudkan

persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran

abiotik dan biotik saling berhubungan dalam

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

benda hidup dan bukan hidup.

UMUM 
PERANG SELANGOR-BELANDA

PERANG Selangor-BELANDA, perang antara Sultan Selangor dengan Belanda.  Perang ini berlaku pada tahun 1785 apabila Belanda tidak bersetuju kerana Sultan Selangor berhubungan dengan orang Bugis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERADUAN MENGARANG NOVEL

PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden.

SASTERAKonsep
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep
KITA

KITA, pertubuhan politik pada zaman Jepun. KITA ialah singkatan Gerakan Kiri Tanah Air. KITA ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestaman. Kepimpinan KITA dikenali sebagai “Empat Serangkai’, dengan diketuai oleh Ahmad Boestaman serta Zulkifli Ownie, Mokhtar Bakri dan Haji Ramli Said. Mereka selalu berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan cerita dan rahsia, dan kod nama mereka ialah KITA. Dengan cara begitu pihak Jepun tidak dapat mengesyaki pengintipan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN

PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium.  Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen.  Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara.  Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara.  Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas