| ANGGUR | Anggur ialah sejenis buah beri berkulit licin dan berair yang tumbuh menjalar. Anggur tumbuh dalam gugusan yang menghasilkan enam hingga 300 beri. Beri ini mungkin hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, atau putih, bergantung pada jenis pokoknya. Lebih daripada 65 juta metrik tan anggur dituai setiap tahun di seluruh dunia. Kira-kira 80 peratus jumlah tanaman ini digunakan untuk membuat wain. | UMUM | |
| SMILAKS | Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. | UMUM | |