Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn Muhammad dan dia merupakan penduduk Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh. Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya kepada seorang penjual minyak wangi dan kemudian menghantarnya belajar di sebuah sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga besar. |