Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUFAYR IBN MALIK

Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama

hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir

Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al-

Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali

Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti

yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan

hadith daripada Abu Bakar (dipercayai

kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu

Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda,

Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith

Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya

Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan

beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan

ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam

semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy .

Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan

hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa

dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak

menerima sesuatu hadith kecuali guru yang

meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan

perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal

dunia pada tahun 75 H.

UMUM 
SURAH AL-MUJADALAH

Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

22 ayat. Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal

jawab) bersempena kisah seorang wanita yang

datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu

kepadanya tentang suaminya yang telah

menziharkannya.

UMUM 
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas