SMILAKS | Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. | UMUM | |
RAWANG | Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput, purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ). | UMUM | |
MONSTERA | Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya seakan-akan rasa pisang dan nanas. Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera deliciosa . | UMUM | |
ARBORETUM | Arboretum ialah makmal luar tempat pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berkayu yang lain ditanam dalam keadaan semula jadi. Tumbuh- tumbuhan ini disusun dan dilabel mengikut famili dan hubungan dengan tumbuh-tumbuhan lain daripada spesies yang sama. | UMUM | |
TEATREE | Teatree adalah mana-mana satu daripada kira-kira 50 jenis pokok renek berkayu atau pokok kecil yang tumbuh di Australia dan New Zealand. Satu jenis pokok ini digunakan oleh penjelajah British, James Cook sebagai tumbuhan “teh”. Bunga teatree kembang dan kelihatan seperti ros. Ia biasanya berwarna putih atau samar. Teatree ditanam dan sesetengah jenis tumbuhan ini telah banyak dikacukkan (dibiakkan dengan jenis lain). Pengelasan saintifik. Teatree tergolong dalam famili Myrtaceae. Ia membentuk genus Leptospermum . | UMUM | |
DURI | Duri ialah batang yang pendek dan tajam, yang tumbuh daripada batang berkayu bagi banyak spesies pokok dan pokok renek | UMUM | |
KLEMATIS | Klematis ialah mana-mana satu daripada sekumpulan herba saka atau pokok menjalar berkayu yang tumbuh di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara. | UMUM | |
POKOK RENEK | Pokok renek adalah satu daripada empat kumpulan utama tumbuh-tumbuhan dari segi saiz dan bentuk. Pokok renek adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang berkayu yang lebih kecil daripada pokok. Pokok renek biasanya mempunyai beberapa batang rendah yang dekat bercabang berdekatan tanah. Belukar mempunyai banyak dahan (lihat Belukar ). | UMUM | |
MARSH MALLOW | Marsh mallow ialah tumbuhan yang tumbuh di padang rumput dan rawang di Utara Afrika dan Timur Eropah. Marsh mallow mempunyai batang berkayu yang tumbuh setinggi 60 hingga 120 sentimeter. | UMUM | |
SWISS CHARD | Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit, tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua. Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan batang-daun berwarna merah terang. | UMUM | |