Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.bun] | برکبون

Definisi : bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.bun] | برکبون

Definisi : bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Orang berkebun saya berkebun,
     Dalam kebun bertanam bunga;
Orang berpantun saya berpantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTANIAN

PERTANIAN, kegiatan bercucuk tanam iaitu berkebun, berladang, berdusun dan bersawah.  Pertanian merupakan asas kepada pembinaan tradisi budaya Melayu.  Penempatan kampung Melayu secara tradisi berasaskan kemudahan untuk melakukan kegiatan tani.  Tanah yang subur dan kemudahan untuk mendapatkan air merupakan pertimbangan penting dalam membina kampung-kampung tersebut.  Umumnya, penempatan kampung Melayu tertumpu di kawasan tanah rendah yang berhampiran sungai dan anak-anak sungai.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas