MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, TAN SRI | MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, Tan Sri (1907-1996), Menteri Besar Negeri Sembilan (1959-1969). Dia lahir pada 31 Oktober 1907 di Linggi, Negeri Sembilan. Dia merupakan anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUZI HADI | PUZI HADI (1951 - ), penyair. Dia lahir pada 9 Mei 1951 di Kulim, Kedah. Puzi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Alor Setar, Kedah. Nama Puzi Hadi terkenal sebagai penyair dan pendeklamasi sama ada di tanah air mahupun serantau. | SASTERA | Tokoh |
MONSARRAT, NICHOLAS | Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan The Master Mariner Running Proud (1979). Monsarrat yang lahir di Liverpool, England, berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah ke Kanada pada tahun 1953. | UMUM | |
PANUTI SUDJIMAN | PANUTI SUDJIMAN (1931- ), penulis dan sarjana Indonesia. Dia Iahir pada 22 Mac 1931 di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia. Dia berkelulusan Sekolah Dasar (SD) (1944), Sekolah Menengah Pertama (SMP) (1947), Sekolah Guru Atas (SGA) (1951), ijazah Sarjana Sastra dari Fakultas Sastra, Universitas Indonesia (1959), dan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Bahasa dan Sastera Indonesia dari Australian National University, Canberra, Australia dengan tesis yang bertajuk "Adat Raja-Raja Melayu: A Critical Edition Together with a Commentary on Court Ceremonials Described" pada tahun 1980. | SASTERA | Tokoh |
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO' | ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937- ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama. Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957). Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur. Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu. | BUDAYA | Tokoh |