PERKONGSIAN UNTUNG | Perkongsian untung. Ramai majikan berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka berbuat demikian untuk menggalakkan daya pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat. | UMUM | |
STREPTOKOKUS | Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian organisma berbentuk sfera. Streptokokus dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini mengeluarkan toksin yang memusnahkan seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah. Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis. | UMUM | |
TINBERGEN, JAN | Tinbergen, Jan (1903–1994) ialah ahli ekonomi Belanda, berkongsi Hadiah Nobel yang pertama untuk bidang ekonomi dengan Ragnar Frisch dari Norway pada tahun 1969. Tinbergen dan Frisch menerima anugerah tersebut kerana hasil kerja mereka membina model matematik yang digunakan dalam ekonometrik (analisis kegiatan ekonomi menggunakan matematik). | UMUM | |
MANIPUR | Manipur ialah negeri di timur laut India. Manipur berkongsi sempadan antarabangsa dengan Myanmar. Penduduk Manipur kebanyakannya terdiri daripada petani. | UMUM | |
MÖSSBAUER, RUDOLF LUDWIG | Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1961 dalam bidang fizik kerana penyelidikannya tentang sinar gama. Dia menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah menghasilkan sinar gama dengan jarak gelombang yang tepat dan boleh diramalkan. “Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifannya. Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini dikenali sebagai Technical University of Munich) pada tahun 1964. | UMUM | |
YANG, CHEN NING | Yang, Chen Ning (1922 – ) ialah ahli fizik China, berkongsi Hadiah Nobel bagi fizik pada tahun 1957, dengan Tsung Dao Lee. Mereka menerima anugerah tersebut kerana sumbangan mereka kepada hukum zarah asas | UMUM | |
ECCLES, SIR JOHN | Eccles, Sir John (1903–1997), ahli sains Australia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1963 dalam bidang fisiologi atau perubatan dengan profesor British Alan Hodgkin dan Andrew Huxley kerana usaha penyelidikan mereka dalam impuls saraf. | UMUM | |
TATUM, EDWARD LAWRIE | Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui bahawa gen mengawal proses kimia tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan proses biokimia diturunkan kepada generasi berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika Syarikat. Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian tentang kimia gen). | UMUM | |
PROVINSI UTARA | Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique, dan sempadan provinsi dengan North West, Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg, Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng. | UMUM | |
PRIESTLEY, JOSEPH | Priestley, Joseph (1733–1804) ialah paderi dan ahli kimia Inggeris, yang berkongsi penghargaan dengan Carl William Scheele dari Sweden kerana penemuan oksigen mereka secara bersama (lihat Oksigen ). Priestley menamakan gas itu “udara berdeflogiston”, manakala ahli kimia Perancis, Antoine Lovoisier menamakannya sebagai oksigen. | UMUM | |