Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ko.ta] | برکوتا

Definisi : 1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ko.ta] | برکوتا

Definisi : 1 bertembok batu (bkn kubu). 2 mempunyai kota (bandar): Negeri yg ~ besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkota

Puisi
 

Sayang Santubong berkota nibung,
     Haji Ahmad kepala kampung;
Alang nan sakit badan menanggung,
     Siang dan malam main berkampung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTA

KOTA, kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja Melayu pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama. Dalam naskhah Melayu lama, perkataan kota sering dikaitkan dengan istana raja-raja Melayu kerana apabila seseorang raja Melayu membuka sebuah negeri yang baharu, raja akan mengarahkan rakyatnya mendirikan istana yang berkota. Ini bermakna kompleks istana raja lengkap dengan balai penghadapan, balai besar, balairung seri dan bangunan lain kepunyaan raja terletak dalam sebuah kawasan yang berpagar. Lazimnya, pagar tersebut diperbuat daripada kayu sasak, buluh, benteng tanah ataupun tembok batu atau buah-buahan binaan yang lain. Kawasan kompleks istana yang berpagar di sekelilingnya inilah disebut ‘Istana Berkota’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas