MIMOS | Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada tahun 1700-an dan tahun 1800-an. | UMUM | |
ASHCROFT, DAME PEGGY | Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul di pentas dalam The Seagull , (penerbitan tahun 1936 dan 1964), The Good Woman of Setzuan (1956), The Taming of the Shrew (1961), dan Henry VI (1963). Filemnya termasuk The Thirty Nine Steps (1935), The Nun’s Story (1959), dan A Passage to India (1984). Pada tahun 1984, dia muncul dalam siri televisyen yang popular, “The Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon, Greater London, England. | UMUM | |
EVANS, SIR GERAINT | Evans, Sir Geraint (1922–1992), penyanyi suara bariton dari Wales yang menempah kejayaan antarabangsa sebagai penyanyi opera melalui suara dan kebolehannya berlakon. | UMUM | |
O'TOOLE, PETER | O’Toole, Peter (1932– ) ialah pelakon pentas dan filem yang mencapai salah satu kejayaannya yang terbesar sebagai Hamlet dalam pementasan pembukaan National Theatre pada tahun 1963. Pada tahun 1959, O’Toole berlakon sebagai askar dalam The Long and the Short and the Tall . Daripada lakonan ini, dia berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. | UMUM | |
STANISLAVSKI, KONSTANTIN | Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.” | UMUM | |
SHEPARD, SAM | Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal menggambarkan masyarakat Amerika sebagai mati, merosot, atau mengalami kemusnahan. Kebanyakan karya Shepard menggabungkan simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven (1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan Country (1984). | UMUM | |
BANGSAWAN | BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SAADIAH | SAADIAH (1936 - ), pelakon dan pengarah filem. Dia lahir pada 10 Ogos 1936. Nama penuhnya ialah Saadiah binti Baharom. Dia mendapat bimbingan berlakon daripada P. Ramlee. | BUDAYA | Tokoh |
WAHID SATAY | WAHID SATAY (1930- ), pelawak dan pelakon filem. Nama sebenarnya ialah Abdul Wahid Ahmad. Dia lahir di Inderagiri, Riau, Indonesia tetapi dibesarkan di Singapura. Wahid Satay pernah bekerja sebagai kelasi kapal, kemudian pelukis latar filem dengan Studio Cathay Keris. Di samping melukis, dia berlakon filem secara sambilan. | BUDAYA | Tokoh |
MARIA MENADO | MARIA MENADO, Dato’ (1930 - ), bintang filem. Nama sebenarnya ialah Liesbeth Tatelong. Dia dilahirkan di Tatelu, Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. Keluarganya penganut agama Kristian Protestan. Sewaktu berusia tujuh tahun, Maria menetap di Sulawesi Selatan bersama-sama bapa saudaranya yang kemudian menukarkan namanya kepada kepada Liesje Mandagie. Maria mendapat pendidikan di sekolah Belanda dan Jepun. Setelah itu dia berhijrah ke Jakarta. Rupa parasnya yang jelita menyebabkan dia ditawarkan berlakon filem, tetapi dia menolak tawaran itu. | BUDAYA | Tokoh |