Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lang.sung] | برلڠسوڠ

Definisi : 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lang.sung] | برلڠسوڠ

Definisi : 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIDANGAN PARIS

Persidangan Paris. Banyak persidangan

antarabangsa berlangsung di Paris, Perancis. Tetapi

istilah Persidangan Paris itu biasanya merujuk

Persidangan Damai Paris tahun 1919 ataupun

Persidangan Paris tahun 1946.

UMUM 
PERANG SERATUS TAHUN

Perang Seratus Tahun (1337–1453)

berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang

raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang

berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan

antara England dengan Perancis ini sebenarnya

terdiri daripada serangkaian perang merebut

takhta yang diselang-seli oleh perdamaian

sementara dan perjanjian. Perang ini bermula

dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari

tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut

juga disebabkan beberapa perkara lain.

UMUM 
MISTERI ELEUSINIA

Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan

orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di

Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan

upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa

pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos

penculikan dan pengembalian anak perempuan

Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades,

dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat

Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini

tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang

berkait dengannya dianggap memberi kehidupan

sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa

yang mengambil bahagian.

Lihat juga Misteri.

UMUM 
MINGGU BAHASA KEBANGSAAN

Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) ialah aktiviti kebahasaan yang berlangsung selama satu minggu secara serentak di seluruh Tanah Melayu. Ia dilancarkan pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960.

BAHASAKegiatan
MUSIM

Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam

setahun. Setiap musim – bunga, panas, luruh, dan

sejuk – berlangsung kira-kira tiga bulan dan

membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang

waktu siang.

UMUM 
SPARTACUS

Spartacus (? –71 S.M.) , memimpin satu

pemberontakan besar hamba abdi menentang

Empayar Rom. Pemberontakan tersebut

berlangsung dari tahun 73 S.M. hingga 71 S.M.

UMUM 
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
PERBICARAAN NUREMBERG

Perbicaraan Nuremberg merupakan 13

perbicaraan yang diadakan untuk mengadili para

pemimpin Jerman kerana tindakan mereka semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Perbicaraan ini

berlangsung dari tahun 1945 hingga tahun 1949 di

Nuremberg , Jerman, iaitu tempat Parti Nazi

mengadakan tunjuk perasaan yang besar. Parti ini

diketuai oleh diktator Adolf Hitler yang

memerintah Jerman pada masa Perang Dunia II.

UMUM 
PERSIDANGAN WASHINGTON

Persidangan Washington ialah mesyuarat yang

diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan

perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu

yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut

berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan

Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat

tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain,

Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
PERANG ANGLO-BOER

Perang Anglo-Boer ialah dua peperangan yang

berlaku di Afrika Selatan antara United Kingdom

(UK) dengan orang Boer, terutamanya orang yang

berketurunan Belanda. Perang Anglo-Boer

Pertama, atau Perang Transvaal, berlangsung dari

tahun 1880 hingga tahun 1881. Perang Anglo-Boer

Kedua, atau Perang Afrika Selatan, berlaku antara

tahun 1899 hingga tahun 1902. Peperangan ini

biasanya dikenali sebagai Perang Boer di United

Kingdom.

UMUM 
123

Kembali ke atas