SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA | KAMUS BAHASA BESAR INDONESIA, kamus baku dan terkini bagi tahap bahasa Indonesia. Kamus ini memuatkan sebanyak 62 100 kata masukan, mengandungi 19 halaman awalan dan 1090 halaman teks yang disusun oleh para pakar dan pengumpul data dari Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia, dan diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1988. Kamus ini dilancarkan penerbitannya ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Indonesia ke-5 dalam suasana peringatan Hari Sumpah Pemuda ke-60. | BAHASA | Penerbitan |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu dan Pelangi di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra. Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah Datang Malam (1963). Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965). Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |