Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlayar

Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkayuh sambil bertimba.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI RICHELIEU

Sungai Richelieu ialah sebatang sungai di Kanada

yang mengalir melalui beberapa lembah yang paling

cantik di Quebec. Sungai Richelieu berpunca dari

Tasik Champlain, yang terletak di sempadan Quebec–

Vermont. Ia mengalir ke utara sejauh 130 kilometer

dan bertemu dengan Sungai St. Lawrence di Sorel, di

antara Montreal dengan Trois Rivières. Kapal berlayar

di sepanjang sungai ini dari Sorel ke selatan hingga

ke Chambly. Sungai Richelieu mempunyai dua

terusan – satu di St. Ours, ke selatan Sorel, dan satu

lagi di Chambly. Sungai ini ialah laluan

pengangkutan, tetapi ia lebih dikenali sebagai tempat

bermain bot. Sungai ini dinamakan sempena nama

Cardinal Richelieu, seorang negarawan Perancis.

UMUM 
ORANG IONIAN

Orang Ionian ialah sekumpulan orang Yunani

purba. Mereka tinggal di beberapa bahagian

Peloponnesus (bahagian selatan semenanjung

Greece) sebelum tahun 1100 S.M. Kumpulan lain

orang Yunani yang dinamai Dorian menyerang

Peloponnesus pada akhir tahun 1100-an. Untuk

menyelamatkan diri daripada penyerang itu, ramai

orang Ionian lari ke bahagian timur Greece yang

dikenali sebagai Attica. Sesetengah orang Ionia ini

menjadi nenek moyang kepada orang yang tinggal

di Athens apabila ia berkembang menjadi bandar

raya bertaraf negara kota di Attica. Orang Ionian

yang lain berlayar merentasi Laut Aegean dan

menduduki Ionian , sebuah wilayah di sepanjang

pantai barat Asia Kecil (Turki kini).

UMUM 

Kembali ke atas