Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang
meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia
mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika.
Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah
dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar
daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah
tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip
dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat
Penyerapan dan penjerapan ).
Kolesterol ialah bahan lemak yang terdapat
dalam semua tisu haiwan. Manusia biasanya
menghasilkan kolesterolnya sendiri, tetapi ada juga
yang memasuki badan melalui makanan. Mentega,
telur, daging berlemak, dan organ-organ dalaman
seperti otak dan hati mengandungi banyak
kolesterol.
Thanks for clicking. That felt good.