DENAI OREGON | Denai Oregon merupakan jalan darat yang terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam perluasan wilayah ke arah barat Amerika Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200 kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi pergunungan dari Independence, Missouri, ke Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda kereta kuda di sepanjang seksyen denai. | UMUM | |
SUNGAI WESER | Sungai Weser adalah laluan air yang penting di Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700 kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira 72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar boleh belayar ke Bremen. | UMUM | |
SUNGAI ZAMBEZI | Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer, memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai Zambezi mempunyai banyak cabang dan menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000 kilometer persegi. | UMUM | |
TAY | Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay. Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth lalu masuk ke Teluk Tay. | UMUM | |