Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung,
     Sayang lengkuas di padang-padang;
Jangan tidak cuba berlindung,
     Supaya puas kita berpandang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Punggur rebah,
     belatuk menumpang mati.

Bermaksud :

Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
PONDOK BALAK

Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman

terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di

Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat

berlindung kepada manusia yang tinggal di

kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan.

Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan

nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup.

Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah

lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson,

James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan

James Garfield dengan bangganya mengaku

dilahirkan di petempatan seperti ini.

UMUM 
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANASYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas