Meter condong ialah peranti untuk mengukur
sudut yang terbentuk satah ufuk. Meter ini mungkin
merupakan jarum bermagnet yang digunakan untuk
mengukur sudut di antara satah dengan medan
magnet bumi, ataupun peranti mekanikal untuk
mengukur sudut yang dibuat oleh pesawat udara.
Hadfield, Sir Robert Abbott ( 1859– 1940), ahli
metalurgi Inggeris yang menemui keluli mangan
tidak bermagnet.
Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang
digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28
dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni.
Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak
mudah pudar.
Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan
untuk menentukan arah. Kompas yang paling
ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum
bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat
bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan
bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi
dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah
jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat
sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata
angin.
Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya
dihasilkan secara elektronik. Para penggubah
menggunakan peralatan elektronik untuk
mengeluarkan bunyi yang mempunyai
kelantangan, nada, irama dan alunan yang
dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam
pita bermagnet atau cakera komputer untuk
menghasilkan satu gubahan muzik dan
memainkan semula muzik tersebut dengan
menggunakan perakam pita yang dilengkapkan
dengan pembesar suara.
Kobalt ialah unsur logam berwarna putih perak
yang digunakan terutamanya dalam aloi. Kobalt
mempunyai banyak sifat besi dan nikel. Ketiga-tiga
logam ini adalah keras dan bermagnet,
dan ia bertindak balas dengan asid biasa untuk
menghasilkan hidrogen.
Thanks for clicking. That felt good.