MINISTER | Minister, dalam agama Kristian, bermaksud seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan terutamanya, minister merupakan golongan paderi yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci. Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan Gereja England, paderi merupakan minister yang ditahbiskan. | UMUM | |
DARWISY, AL- | Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi makan, minum atau pakaiannya. | UMUM | |
MAH MERI | MAH MERI, suku kaum Orang Asli daripada kelompok Senoi. Mah Meri bermaksud ‘orang daratan’. ‘Mah’ bermaksud orang dan ‘Meri’ bermaksud darat atau daratan. Suku kaum ini dikenal juga sebagai Ma’ Betisék. Masyarakat ini menuturkan bahasa daripada rumpun Astroasiatik dan mereka mendiami pesisir pantai negeri Selangor khususnya di Pulay Carey. Mengikut banci 1991, masyarakat ini berjumlah 1778 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
IKONOKLAS | Ikonoklas bermaksud seseorang yang menentang kepercayaan yang telah lama kukuh. Perkataan ikonoklas berasal daripada dua perkataan Yunani, eikon atau imej dan klastes, atau pemecah. | UMUM | Umum |
MILENIUM | Milenium bermaksud sebarang tempoh selama 1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam buku Revelation (20:1–6), iaitu Kitab Perjanjian Baru sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh dunia. | UMUM | |
SEMOQ BERI | SEMOQ BERI, suku kaum Orang Asli yang mendiami sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoq Beri secara umumnya bermaksud Orang Hutan. “Semoq’ bermaksud orang dan ‘beri’ bermaksud hutan. Orang Semoq Beri juga terdapat di Perak dan Selangor tetapi bilangannya terlalu kecil. Menurut banci penduduk tahun 1990, orang Semoq Beri berjumlah 1080 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KEBOLEHTUKARAN | Kebolehtukaran bermaksud satu mata wang mungkin boleh ditukar dengan satu mata wang atau emas negara lain. Kebolehtukaran memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa. | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
DANEGELD | Danegeld , yang bermaksud Dane money atau wang Dane, ialah satu kawasan yang dikenakan cukai tanah di England pada tahun 900 M dan 1000 M. Orang Denmark sering menyerang England dan Raja Ethelred II telah mengutip Danegeld yang pertama pada tahun 991 untuk menghalang mereka daripada terus menyerang. | UMUM | |
NEGARA | Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah tanah air merdeka yang mempunyai nama dan sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas. Bilangan negara merdeka telah bertambah beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945) kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi 44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi 17 075 400 kilometer persegi. | UMUM | |