PERJANJIAN LIMERICK | Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang menamatkan peperangan antara raja-raja England, William III dengan James II. Orang Inggeris telah menggulingkan James, yang bermazhab Roman Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong James yang dikenali sebagai Jacobites , mula memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali sehingga pada tahun 1691, mereka hanya menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3 Oktober. | UMUM | |
KARMASTI, AL- | Karmasti, al- ( ?– 899 H./ ?–1493 M.), ahli fiqh dan ahli ilmu usul bermazhab Hanafi. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn al-Husayn al-Karmasti. | UMUM | |
KANDAHLAWI, MUHAMMAD ZAKARIYYA AL- | Kandahlawi, Muhammad Zakariyya al- ( ?–1348 H./ ? –1930 M.), ulama India yang terkenal bermazhab Hanafi, juga merupakan tokoh jemaah Tabligh. | UMUM | |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310– 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |
AMIDI, ABU AL-HASAN AL- | Amidi, Abu al-Hassan al- (551–631 H.), ahli ilmu usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al- Din ‘Ali ibn Abi ‘Ali ibn Muhammad ibn Salim al- Tha‘labi. Dia bermazhab Hambali, kemudian berubah kepada mazhab Syafi‘i. Dia pergi ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Qira’at, mahir dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat) dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal dalam pengajian ilmu Fiqh Syafi‘i. Ramai yang menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab al-Albab . | UMUM | |
MAGHRIBIY, ABU AL-HASAN AL- | Maghribiy, Abu al-Hasan al- ( ? –199 H./ ? –1783 M.), ahli fiqah yang pakar dalam bidang Usul Fiqah. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ibn ‘Umar ibn Ali al-Qal‘i yal-Maghribiy, bermazhab Maliki. Al- Maghribiy berhijrah ke Mesir pada tahun 1154 dan dilantik sebagai Syeikh Maghribi sebanyak dua atau tiga kali. Dia juga menjadi jurucakap kepada beberapa orang Syeikh terkenal. | UMUM | |
ANSARIY, ZAKARIYYA IBN MUHAMMAD AL- | Ansariy, Zakariyya ibn Muhammad al- (823 H.–926 H./1420 M.–1519 M.) ialah Syeikh al-Islam, Qadi al-Qudah dan al-Hafiz (pakar hadith yang mahir dalam lebih daripada separuh dari keseluruhan hadith nabi). Al-Ansariy juga ialah ahli fiqh bermazhab Syafi‘i, ahli usul fiqh, ahli hadith, ahli tafsir, ahli tatabahasa dan ahli ilmu kalam. | UMUM | |
NURUDDIN AL-RANIRI | Nuruddin al-Raniri (? –1658), tokoh ulama, pujangga, ahli sufi, ahli undang-undang, dan falsafah dalam lingkungan Ahli Sunah Waljamaah bermazhab Syafii. | SASTERA | Tokoh |
NURUL HUDA ABDULLAH | Nuruddin al-Raniri (? –1658), tokoh ulama, pujangga, ahli sufi, ahli undang-undang, dan falsafah dalam lingkungan Ahli Sunah Waljamaah bermazhab Syafii. | SUKAN | Tokoh |
SYAMSUDDIN AS-SUMATERANI | SYAMSUDDIN AL-SUMATERANI ( ? -1630), ulama Sufi, penulis dan penyair. Nama sebenarnya ialah Syeikh Syamsuddin bin Abdullah al-Sumatera. Beliau bermazhab Syafii. Tarikh lahirnya tidak dapat diketahui dengan tepat, namun dikatakan pada akhir abad ke-16. | SASTERA | Tokoh |