MENEMBAK | Menembak ialah sukan yang popular di banyak negara. Orang yang berminat dalam sukan ini boleh menembak (haiwan) atau menembak dalam pertandingan. Biasanya, lesen diperlukan untuk membawa atau menggunakan senapang patah dan lesen lain untuk menembak haiwan buruan. | UMUM | |
EDDINGTON, SIR ATHUR STANLEY | Eddington, Sir Athur Stanley (1882–1944), ahli astronomi Inggeris, sejak awal telah berminat terhadap struktur alam semesta dan juga pergerakan dan susunan dalaman bintang-bintang. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN | Psikologi perkembangan adalah kajian tentang perubahan tingkah laku semasa hayat. Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja, iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan umur awal 20-an. | UMUM | |
NORFOLK | Norfolk di England, ialah kaunti Broads, jalan air yang panjang, bermensiang dan tasik yang dikunjungi oleh beribu-ribu orang yang bercuti dan mereka yang berminat belayar setiap tahun. Norfolk mempunyai banyak kincir air, gereja yang cantik, dan kotej yang dibina daripada flin. Fens, ciri yang tersendiri topografi Norfolk, adalah kawasan tanah rendah berpaya. Norfolk adalah kaunti perladangan utama. Peladangnya pada tahun 1700-an adalah antara yang pertama menggunakan kaedah perladangan baru, seperti pusingan tanaman. | UMUM | |
TAFT, WILLIAM HOWARD | Taft, William Howard (1857–1930) ialah presiden Amerika Syarikat dari tahun 1909 hingga tahun 1913. Dia adalah satu-satunya presiden yang berkhidmat sebagai presiden dan kemudiannya sebagai Hakim Besar dalam sejarah Amerika Syarikat. Taft sebenarnya tidak berminat menjadi presiden. Dia hanya ingin menjadi seorang hakim dan tidak begitu berminat dalam bidang politik. Yang penting baginya ialah menjadi hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat. | UMUM | |
KIWANIS INTERNATIONAL | Kiwanis International ialah sebuah organisasi antarabangsa kelab tempatan yang dianggotai oleh ahli lelaki dan wanita yang berminat terhadap kerja amal untuk masyarakat. Kelab Kiwanis ini terdapat di 80 buah negara di seluruh dunia. | UMUM | |
MENGUMPUL BUKU | Mengumpul buku ialah hobi yang popular. Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab. Ramai orang mengumpul buku kerana mereka gemar membaca dan suka mengumpul barang. Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara tertentu atau pengarang. Sesetengah orang mengumpul buku kerana kecantikan buku itu. Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana berharap buku mereka akan bertambah nilainya dan menjadi pelaburan yang baik. | UMUM | |
SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka. | UMUM | |
EKSISTENSIALISME | Eksistensialisme ialah gerakan falsafah yang berkembang di benua Eropah pada tahun 1800- an dan 1900-an. Gerakan ini dikenali sebagai eksistensialisme kerana pada dasarnya sebahagian besar ahlinya berminat dengan tabii kewujudan, atau ada. Istilah kewujudan biasanya bermaksud kewujudan manusia. | UMUM | |
STRZELECKI, SIR PAUL EDMUND DE | Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873), ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko, puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840. Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi. Strzelecki meneroka sebahagian besar New South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839, dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley dan Wellington, di New South Wales. Dia menyatakan bahawa kawasan Bathurst mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir berhampiran dengan tempat yang kini dikenali Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839, tetapi menetap di Britain pada tahun 1843. | UMUM | |