Amerika British, merujuk kepada bahagian utara dan selatan Amerika yang mempunyai hubungan politik dengan United Kingdom (UK). Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British, Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat, dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara merdeka yang menjadi sebahagian daripada Amerika British. Negara-negara seperti ini termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada, Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St. Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika British ialah anggota Negara-negara Komanwel. |