| THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |
| SUREALISME | Surealisme ialah pergerakan dalam bidang seni dan kesusasteraan. Ia diasaskan di Paris pada tahun 1924 oleh pemuisi Perancis, André Breton. Seperti dadaisme, punca bermulanya, surealisme menggunakan seni sebagai senjata melawan kedurjanaan dan batasan yang ahli surealisme lihat dalam masyarakat. Berbeza daripada dadaisme, walau bagaimanapun surealisme cuba mendedahkan satu hakikat baru dan lebih tinggi daripada kehidupan seharian. Surealisme ialah perkataan yang dicipta yang bermaksud super realisme. | UMUM | |
| NIZHNIY NOVGOROD | Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia). | UMUM | |
| PULAU PANGKOR | PULAU PANGKOR, pulau jajahan negeri Perak yang terletak di Selat Melaka. Di pulau inilah termeterainya satu perjanjian yang dikenal dalam sejarah Malaysia sebagai Perjanjian Pangkor (1874). Perjanjian itu menandakan bermulanya campur tangan pihak British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| TARIAN TRADISIONAL SARAWAK | TARIAN TRADISIONAL SARAWAK, tarian suku kaum di Sarawak. Tidak ada catatan yang jelas tarikh bermulanya tarian tradisional ini diterima dan diamalkan oleh suku kaum di Sarawak. Seni tari tradisional acap kali dikaitkan makna ‘bermain’ atau sebahagian daripada permainan yang memperlihat suasana keriangan dan juga yang berhubung kait dengan upacara ritual yang diamalkan oleh kaum masing-masing. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| BERUAS | BERUAS, daerah yang terletak antara garis bujur 100 46” T dan garis lintang 427’U, di Perak. Sejarah kerajaan tua Melayu Beruas mempunyai kaitan yang rapat dengan dua buah kerajaan tua Melayu yang lain, iaitu kerajaan Gangga Negara dan kerajaan Manjung yang dikatakan berhampiran antara satu sama lain. Daripada kerajaan Beruas bermulanya Kesultanan Perak hingga ke hari ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |