Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. |