MONOMER | Monomer ialah molekul kecil yang boleh berpadu dengan monomer-monomer lain untuk membentuk monomer yang lebih besar yang dikenali sebagai polimer. Polimer digunakan untuk membuat cat, plastik, getah sintetik, dan serat sintetik. Haba, tekanan, dan rawatan kimia boleh digunakan untuk menjadikan monomer berpadu. Lihat juga Pempolimeran; Polimer. | UMUM | |
MORDAN | Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan pewarna untuk mencegahnya daripada mudah larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan mordan tidak akan luntur, dan dengan itu warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk garam kromium, ferum, aluminium, timah dan logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa. Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu pewarna asid dimordankan dengan garam aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas menjadi merah terang, yang dinamakan merah Turki . Lihat juga Lak (Pewarna). | UMUM | |
KUSAM | Kusam. Apabila logam berkarat, atau berpadu dengan oksigen, ia menjadi kusam. Apabila permukaan logam atau mineral kehilangan kilauannya, ia juga menjadi kusam. | UMUM | |
OKSIGEN | Oksigen ialah gas penyokong hidupan dan juga unsur kimia. Simbol kimianya ialah O. Hampir semua benda hidup memerlukan oksigen untuk terus hidup. Oksigen berpadu dengan bahan kimia yang lain dalam sel tumbuhan dan haiwan untuk mengeluarkan tenaga yang diperlukan bagi proses kehidupan. Oksigen juga diperlukan untuk membakar kebanyakan bahan api. Semasa proses pembakaran, oksigen berpadu dengan bahan api dalam tindak balas kimia. Haba dikeluarkan semasa proses pembakaran ini. | UMUM | |
ANHIDRIDA | Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk asid atau bes apabila berpadu dengan air. Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ). | UMUM | |
SELENIUM | Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini membantu badan menukarkan lemak dan protein menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan selenium termasuk daging dan ikan. | UMUM | |
SEL BAHAN API | Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. | UMUM | |
TELURIUM | Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia adalah separa logam. Telurium tulen biasanya didapati sebagai keluaran sampingan dalam penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini paling sering wujud berpadu dengan logam seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi getah dan sebagai mangkin dalam penapisan petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52, dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782 oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein. | UMUM | |
SILIKON | Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya silikon dioksida lebur. | UMUM | |
MULLIKEN, ROBERT SANDERSON | Mulliken, Robert Sanderson (1896–1986) ialah ahli kimia Amerika, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1966 untuk kimia. Dia menerima hadiah tersebut kerana teori molekul-orbit yang dikemukakan pada tahun 1928. Teori ini menerangkan bagaimana atom berpadu untuk membentuk molekul. | UMUM | |