BURUNG BOTAK | Burung botak ialah burung besar berkaki panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak mencari makanan di paya dan rawang, tetapi sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau di dataran berumput dan di kawasan ladang. | UMUM | |
RAPANG | Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir yang kecil, montok. Burung rapang berbadan pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil makanannya di permukaan tanah dan bukan mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung ekornya. | UMUM | |
BUNTING | Bunting ialah nama burung kecil, berparuh kuat, dan memakan biji dalam famili burung cakar yang hidup di seluruh Hemisfera Utara. | UMUM | |