KELODAK | Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut yang terdiri daripada zarah halus batuan yang mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih, dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter. Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar adalah subur. | UMUM | |
PULAU FRASER | Pulau Fraser juga dikenali sebagai Pulau Great Candy ialah pulau berpasir yang paling besar di dunia. Ia terbentang di sepanjang Teluk Hervey, di sebelah pantai tenggara Queensland, Australia, dan menjadi pelindung kepada pintu masuk pelabuhan Maryborough. Keluasan pulau ini lebih kurang 1550 kilometer persegi. Ia mempunyai banyak tasik air tawar. Tasik yang paling luas ialah Tasik Boemingen. Keluasannya lebih daripada 200 hektar. Sebahagian pulau ini merupakan hutan simpan yang mengandungi kira-kira 26 300 hektar hutan komersial. | UMUM | |
PIPIS | Pipis ialah kerang-kerangan yang hidup betul- Betul di bawah permukaan bercerun curam, pantai berpasir. | UMUM | |
KETAM REBAB | Ketam rebab ialah haiwan pembuat lubang yang hidup di sepanjang pantai berpasir atau berlumpur dan rawang garam di kawasan tropika dan kawasan sederhana. | UMUM | |
PLUM PANTAI | Plum pantai ialah pokok renek liar yang mengeluarkan buah yang boleh dimakan seperti buah plum kecil. Ia tumbuh di pantai berpasir di Lautan Atlantik dari Maine hingga ke Victoria, Amerika Syarikat. | UMUM | |
AYERS ROCK | Ayers Rock ialah singkapan batuan yang amat besar di wilayah utara Australia. Ia muncul secara tiba-tiba dari kawasan tanah rata berpasir setinggi 335 meter. Ia terletak lebih kurang 450 kilometer di tenggara Alice Springs, 867 meter di atas aras laut. Panjang batu ini melebihi 2.4 kilometer dan lebarnya pula melebihi 1.6 kilometer. Ukuran keliling batu ini di tapaknya ialah lapan kilometer. | UMUM | |
SEKOI | Sekoi ialah mana-mana satu daripada sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika. Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi, digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
TASIK PEDDER | Tasik Pedder, terletak di Taman Negara Barat Daya Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia. Tasik tersebut pada mulanya masyhur kerana pantainya yang berpasir yang kapal terbang kecil boleh mendarat membawa kumpulan pejalan kaki belukar. | UMUM | |
ENEWETAK | Enewetak ialah atol yang terpencil di timur laut Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik. Enewetak terdiri daripada 40 buah pulau kecil yang rendah dan berpasir yang mengelilingi sebuah lagun. | UMUM | |
SANDBUR | Sandbur, juga dikenali sebagai rumput pepulut , ialah rumpai berduri yang mengganggu yang pada asalnya tumbuh di dataran di barat Amerika Syarikat. Kini sandbur terdapat di tempat berpasir di hampir semua negara beriklim sederhana dan tropika. Spesies tumbuhan yang berkaitan rapat dengannya dikenali sebagai cockspur . | UMUM | |