Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.tah] | برڤاته

Definisi : bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.tah] | برڤاته

Definisi : bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG MANSURAH

Perang Mansurah , peperangan antara orang

Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al-

Salih dengan orang Perancis, di bawah

pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera

Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini

berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca

tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin

yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis

hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun

selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi.

Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke

kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu

mereka menanti peluang untuk memecahkan

kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan

Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan

dan impian mereka selama ini.

UMUM 

Kembali ke atas