Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pen.di.di.kan]/[ber.pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pen.di.di.kan]/[ber.pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpendidikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG GASAR

Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan

yang digunakan untuk menggambarkan orang

yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia

berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang

pada mulanya hanya bermaksud orang yang

bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh

orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian

perkataan ini juga membawa maksud bukan-

Yunani atau orang asing.

UMUM 
CHAIRUL HARUN

CHAIRUL HARUN (1940-      ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian Aman Makmur, Pekan Baru (1963-1965), wartawan Angkatan Bersenjata, Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian Haluan, Padang (1969-1970), pemberita majalah Tempo (1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat.

  

SASTERATokoh
YAACOB ABDUL LATIF, TAN SRIYAACOB ABDUL LATIF, Tan Sri (1918-    ), Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua (1972-1983).  Dia lahir pada 1 Februari 1918 di Kelang, Selangor.  Dia daripada keluarga bangsawan Melayu yang berpendidikan tinggi. Bapanya, Doktor Latif merupakan orang Melayu yang pertama menjadi doktor di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara datuknya adalah seorang majistret dan Datuk Setia kepada Sultan Selangor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAHMUD WAHID

MAHMUD WAHID (1903 – 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey.

BUDAYATokoh
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan
DIALEK MELAYU BUKITDIALEK MELAYU BUKIT, dialek yang digunakan oleh 8000 orang Bukit daripada jumlah hampir dua juta orang di Propinsi Kalimantan Selatan yang berdialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku yang kecil itu tinggal di lembah dan lereng pergunungan Meratus di bahagian tenggara propinsi itu. Rata-rata orang Bukit kurang berpendidikan dan masih mengamalkan animisme dan mereka menuturkan Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Dialek Bukit tidak banyak perbezaannya berlainan dialek Melayu Banjar yang dituturkan penduduk berhampiran dengan kampung mereka. Dikatakan bahawa dengan mudah pedagang Banjar yang berjualan di pekan-pekan daerah Bukit dapat bercakap dalam varian orang Bukit.BAHASABahasa

Kembali ke atas