DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti Komunis China, ialah jawatan yang sangat berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China berunding dengan Deng mengenai semua isu dan keputusan penting yang menjadikannya seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah membolehkannya membawa perubahan utama kepada China. Deng tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi berpengaruh. | UMUM | |
SENI BINA RENAISSANCE | Aliran seni bina yang terpenting dan berpengaruh dalam sejarah seni bina Barat. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
NEOPLATONISME | Neoplatonisme ialah aliran falsafah yang paling berpengaruh dari tahun 200-an M. hingga tahun 500-an M. Neoplatonisme, yang bermaksud Platonisme Baru , diasaskan daripada falsafah Plato. Ia menyerapkan unsur pemikiran Pythagorean, Aristoteles, dan Stoik. Plotinus ialah pengasas Neoplatonisme. Ahli Neoplatonisme terkemuka yang lain termasuk pengikut Plotinus, Porphyry dan Proclus. | UMUM | |
ANSELM, SAINT | Anselm, Saint (1033–1109), ahli teologi berpengaruh dan pemimpin gereja pada zaman kegelapan. Dia menjadi terkenal kerana tulisannya yang bertajuk Monologion dan Proslogion . Dalam kedua-dua karya ini Anselm cuba membuktikan kewujudan Tuhan dengan menggunakan logik. | UMUM | |
KUBISME | Kubisme ialah gerakan yang paling berpengaruh dalam sejarah seni lukis moden. Kubis memperkenalkan pendekatan baru yang radikal untuk menggambarkan bentuk dan ruang. Mereka merevolusikan lukisan dan seni lukis lain pada tahun 1900-an. | UMUM | |
ODYSSEY | Odyssey, sebuah puisi epik, berkemungkinan ialah karya yang paling berpengaruh dan popular dalam kesusasteraan Yunani purba. Odyssey merupakan antara karya pengembaraan yang paling agung dalam kesusasteraan. Ia menjadi model bagi kebanyakan cerita pengembaraan yang terkemudian. | UMUM | |
MORTIMER, HARRY | Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British yang berpengaruh pada zamannya terhadap muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup trompet pada peringkat awal kerjayanya. Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’ Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge, Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal Manchester College of Music. | UMUM | |
ARNOLD, THOMAS | Arnold, Thomas (1795–1842) ialah reformis pendidikan dan penulis Inggeris yang berpengaruh. | UMUM | |
RAPHAEL | Raphael (1483–1520), salah seorang daripada pelukis yang paling agung dan berpengaruh pada zaman Renaissance Itali. Lukisan bentuk badan manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli seni lukis sehingga awal tahun 1900-an. Tempoh kegiatannya masih lagi dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. | UMUM | |
TEATER SENI MOSCOW | Teater Seni Moscow, merupakan salah sebuah teater yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an. Teater ini mempersembahkan pementasan drama oleh pengarang Rusia yang terkenal dan pernah membuat beberapa lawatan ke negara Barat. Teater ini terkenal kerana pementasan drama yang ditulis oleh penulis Rusia seperti Anton Chekhov, Maxim Gorki, dan Leo Tolstoy. | UMUM | |