Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100 buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer di timur laut tanah besar Scotland. Shetland ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau, yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan tempatan Scotland. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland, ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. |