Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOMAD

Nomad ialah orang yang berpindah dari satu

tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk

meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal

daripada perkataan Yunani yang bermakna orang

yang merayau mencari padang ternakan.

Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu

kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan

berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad

biasanya berpindah menggunakan haiwan atau

kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini,

sesetengah orang nomad mengembara

menggunakan kenderaan bermotor.

UMUM 
XHOSA

Xhosa ialah orang kulit hitam yang nenek moyang

mereka berpindah ke selatan Afrika. Lebih separuh

daripada anggaran lima juta orang Xhosa tinggal di

tenggara Afrika Selatan.

UMUM 
PITJANTJATJARA

Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli

Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup

berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik

Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi

Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini

mempunyai sedikit punca air atau lembah yang

subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah

dan lembing tetapi tidak menggunakan

boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir

mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan

buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan

cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput

dan bahagian tumbuhan untuk makanan.

UMUM 
SOFIS

Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara

kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an

S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah

sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum,

iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman

kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat

dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat

fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka

mengkritik amalan moral dan agama yang

menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan

sebagai kejayaan di dunia.

UMUM 
AYYUBIYYAH, KERAJAAN

Ayyubiyyah, Kerajaan (567–648 H./1171–1250

M.). Nama Kerajaan Ayyubiyyah dinisbahkan kepada

nama Salah al-Din al-Ayyubi, yang lahir dari

keluarga bangsa Kurdi Azerbaijan. Keluarganya

berpindah ke Iraq dari Azerbaijan dan kemudian ke

Syam untuk berkhidmat dalam tentera Kerajaan

Saljuk Turki.

UMUM 
ABDUL SAMADABDUL SAMAD (1902-1952), ahli perubatan Singapura. Dia merupakan doktor Melayu yang pertama di Singapura. Ayahnya, Encik Pagek, berpindah dari Tanah Melayu ke Singapura bersama-sama keluarganya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYEIKH AHMAD AL-FATANI

Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah

ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di

Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya

ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa

bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat

tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke

Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat

rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah

dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu

Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama

dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib.

Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang

mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima

pendidikan khas dalam bidang ini.

UMUM 
ANGAS, GEORGE FIFE

Angas, George Fife (1789–1879), dermawan dan

salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir

di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan

South Australian Banking Company pada tahun

1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada

tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif

dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli

Majlis Undangan sehingga tahun 1866.

UMUM 
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM 
STEINWAY, HENRY ENGELHARD

Steinway, Henry Engelhard (1797–1871) ialah

pembuat piano Jerman yang mengasaskan syarikat

piano Steinway & Sons. Steinway menubuhkan

syarikat ini di New York City pada tahun 1853, kira-kira

tiga tahun selepas berpindah ke Amerika

Syarikat. Piano ciptaannya terkenal kerana mutunya

yang tinggi.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas