MUKHTAR AL-THAQAFIY AL- | Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687 M.), salah seorang daripada ketua revolusi menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al- Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al- Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al- Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di Basrah selepas kematian Ali. | UMUM | |
MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
SUTAN SJAHRIR | Kapsyen1"> :1"> Sutan Sjahrir SUTAN SJAHRIR, (1909-1966), ahli politik, Perdana Menteri Indonesia yang pertama. Dia lahir pada 5 Mac 1909, di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sutan Sjahrir M. Rasyad. Bapanya bergelar Maharajo Sutan, seorang jaksa yang berasal dari Kota Gadang, Sumatera Barat, sedangkan ibunya kelahiran Natal, Tapanuli. Dia mengikut orang tuanya berpindah ke Jambi dan kemudiannya ke Medan. Pada tahun 1915, dia belajar di Europeesche Lagere School (ELS). Antara tahun 1923 hingga 1926, dia belajar di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO). Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Algemeene Middelbare School (AMS) hingga tahun 1929 di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
RISDA | RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN | SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN ( ? - 1690), ulama Indonesia. Beliau berasal dari Minangkabau. Nama beliau semasa kecil ialah Si Pono. Ayahnya bernama Pampak. Beliau suka mengikut ayahnya berniaga di pekan Batang Bengkawas. Pada tahun 1559, beliau mengikut ayahnya yang masih beragama Buddha berpindah ke Sintuk. Kemudian, mereka berpindah pula ke Ulakan. Syeikh Burhanuddin meneruskan perjalanan ke Aceh dan berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau berguru selama 13 tahun dan ada pendapat lain mengatakan beliau berguru dengan Syeikh Abdul Rauf selama 30 tahun. Rakan seperguruannya yang lain ialah Syeikh Tajul Khalwati (Bugis) dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Terengganu). 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEKOLA MELAYU | SEKOLA MELAYU, akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura. Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu. Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura. | BAHASA | Kitab |
MADRASAH AL-IQBAL | MADRASAH AL-IQBAL, sekolah rendah agama di Singapura dan kemudian berpindah ke Riau-Lingga. Madrasah ini dibuka pada bulan Disember 1907 bersamaan 1 Muharam 1326, bertempat di No. 107, Seligi Road, Singapura. Penaungnya ialah Raja Ali Ahmad dari Lingga. Dalam tempoh ini, madrasah dijadikan sebagai pusat untuk memajukan pendidikan oleh golongan Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal telah dipilih sebagai pusat kegiatan pendidikan yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |