KUTUB | Kutub. Bumi sentiasa berputar mengikut garis khayalannya yang dipanggil paksi. Paksi akan bergerak melalui bahagian tengah bumi dan berakhir di salah satu kutub. Paksi di hujung utara merupakan Kutub Utara iaitu 90 darjah utara khatulistiwa. Manakala Kutub Selatan ialah di selatan hujung paksi iaitu 90 darjah selatan khatulistiwa. | UMUM | |
MATA ANGIN | Mata angin ialah sejenis peranti yang berputar bebas pada satu rod tegak dan menunjuk arah tiupan angin. | UMUM | |
TAUFAN AIR | Taufan air ialah sejenis puting beliung yang berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal, hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera memeluwap dalam gumpalan itu dan air di permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan itu. | UMUM | |
OFSET | Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan mula-mula dilakukan di atas permukaan getah silinder yang berputar. Teraan itu kemudian dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada getah dan kemudian kepada kertas. | UMUM | |
ENJIN ROTARI | Enjin rotari ialah sejenis enjin pembakaran dalam yang menggunakan rotor (bahagian berputar) menggantikan omboh. | UMUM | |
ANGKER | Angker ialah gegelung wayar yang menghasilkan arus elektrik dalam sebuah penjana elektrik. Gegelung yang berputar dalam sebuah motor elektrik juga dinamakan angker | UMUM | |
PUSAT GRAVITI | Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu objek digantung dari mana-mana titik pada garis tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut arah itu. | UMUM | |
ARISTARCHUS | Aristarchus dari Samos ialah ahli astronomi Yunani yang hidup pada tahun 200-an S.M. Dia adalah orang pertama yang menyatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari. Bagaimana dia menjustifikasi dakwaan ini tidak diketahui. Tulisannya tentang perkara ini tidak sampai kepada kita, tetapi ideanya disebut oleh Archimedes, ahli matematik Yunani. Dalam karya Aristarchus yang masih wujud, On the Magnitudes and Distances of the Sun and the Moon , dia tidak menyebut apa-apa pun mengenai teori pergerakan bumi. | UMUM | |
ARYABHATTA | Aryabhatta (476–? M.) ialah ahli astronomi, ahli matematik, dan penyair India. Dia mungkin lahir dekat Patna, yang kini adalah negeri Bihar di India. Dia menyatakan bahawa bumi berbentuk sfera, dan mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Dalam matematik, Aryabhatta tahu bagaimana mencari punca kuasa tiga dan mengira nilai p sebagai 3.1416. Dia juga memajukan teori tentang bagaimana gerhana terjadi (lihat Gerhana ). Satelit pertama India, yang dilancarkan pada tahun 1975, dinamakan sempena namanya. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |