Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama ini

Puisi
 

Beli pauh beli serbat,
     Makan bersama gula batu;
Kalau jauh apa nak buat,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG KARBALA

Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61

H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M.

Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor

Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan

Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama

golongan yang menyokongnya dan kaum

keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq.

Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah

kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid

ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju

datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan

pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke

Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga

dan penyokong setianya untuk bertemu dengan

tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di

Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al-

Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh

itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan

al-Husayn syahid bersama-sama dengan

pengikutnya kecuali seorang perempuan dan

seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al-

Abidin ibn al-Husayn.

UMUM 
ABERCROMBY, RALPH

Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji

cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden,

dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima

pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai

struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga

mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah

Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap

pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di

Kepulauan Britain (British).

UMUM 
MASYARAKAT KOMUNAL

Masyarakat komunal ialah masyarakat yang

dibentuk oleh mereka yang percaya bahawa

mereka boleh bersama-sama menjadikan

kehidupan ini lebih baik daripada melakukannya

secara bersendirian.

UMUM 
SUNGAI ORD

Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca

berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah

utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk

Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama

dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu

sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200

kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber

air bagi rancangan pengairan yang besar, direka

untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas

75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika

dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah

dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah

Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan

Sungai Ord.

UMUM 
TEUTON

Teuton ialah nama yang kadang-kadang

diberikan kepada orang Jerman. Perkataan ini

wujud daripada perkataan Teutones atau Teutoni

iaitu orang Jerman yang pertama kali dengan

bantuan orang Cimbri menggugat kekuasaan Rom.

Bersama-sama dengan jirannya Ambron, orang

Teuton meninggalkan tanah air mereka ke muara

Sungai Elbe pada tahun 100 S.M. Di Gaul (kini di

Perancis), mereka bersekutu dengan Cimbri,

Jeneral Rom Gaius Marius mengalahkan orang

Teuton di Aquae Sextiae (kini di Aix-en-Provence,

Perancis) pada tahun 102 S.M. Tahun berikutnya

mereka menawan Cimbri di Itali.

UMUM 
SPIRIT '76

Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang

masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh

pelukis Amerika, Archibald M. Willard.

Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup

seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu

gendang mengepalai askar Amerika ke medan

peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard

melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini.

UMUM 
MAAL HIJRAH

Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada

1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam

bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah

s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah

ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah.

Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai

pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan

perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam

Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan

Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan

negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan

Islam.

UMUM 
SERUNDING

SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah.  Masakan ini halus, kering dan berderai.  Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus.  Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia.  Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.

BUDAYAMakanan
PERCIKAN PERMENUNGAN

PERCIKAN PERMENUNGAN, kumpulan puisi Rutam Effendi.  Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1920-an dan diulang cetak pada tahun 1953.  Kumpulan ini bersama-sama drama Bebasari dikarang oleh Rustam, sebelum dia dibuang negeri ke Belanda akibat kegiatan politiknya menentang Belanda.

SASTERAKarya
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
123456

Kembali ke atas