Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.an] | برساماءن

Definisi : 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersamaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN

Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun

1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun

1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada

termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim

Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk

mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn

Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn

Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang

diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar

ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen.

UMUM 
SENTIMETER

Sentimeter ialah ukuran panjang dalam sistem

pengukuran metrik. Simbol untuk sentimeter ialah

cm . Satu sentimeter bersamaan satu per seratus

meter. Satu sentimeter bersamaan dengan 0.3937

inci. Untuk mengubah sentimeter kepada inci,

darabkan dengan 0.3937. Lihat juga Sistem metrik.

UMUM 
TEOREM PYTHAGORAS

Teorem Pythagoras , dalam geometri,

menyatakan bahawa dalam segi tiga bersudut

tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan

dengan jumlah kuasa dua bagi dua sisi yang lain.

Segi tiga bersudut tegak mempunyai satu sudut

yang bersamaan dengan 90 ° . Hipotenus ialah sisi

yang bertentangan dengan sudut tegak. Formula

teorem Pythagoras ditulis sebagai:

c²= a² + b ²

UMUM 
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 
MINIM

Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam

sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah

menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka

menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu

minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter

padu. Dalam sistem apotekari, satu minim

bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu

dram cecair. Perkataan minim berasal daripada

perkataan Latin minimus, yang bermakna paling

kecil.

UMUM 
PERANG JAMAL

Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H.

bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah

yang berlaku di antara dua golongan orang Islam

selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan.

Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn

Abu Talib dan golongan kedua di bawah

pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn

‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara

sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali

memecat semua gabenor pada zaman Sayidina

Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai

khalifah.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
PERANG KARBALA

Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61

H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M.

Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor

Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan

Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama

golongan yang menyokongnya dan kaum

keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq.

Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah

kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid

ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju

datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan

pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke

Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga

dan penyokong setianya untuk bertemu dengan

tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di

Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al-

Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh

itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan

al-Husayn syahid bersama-sama dengan

pengikutnya kecuali seorang perempuan dan

seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al-

Abidin ibn al-Husayn.

UMUM 
PERANG HITTIN

Perang Hittin berlaku pada akhir bulan

Rabiulawal tahun 583 H., bersamaan bulan Julai

1187 antara kaum Muslimin yang dipimpin oleh

Salahuddin al-Ayubbi dengan tentera Salib di

daerah Syam yang kini terletak dalam kawasan

takluk Israel, iaitu di sebelah barat tasik Tabariyah.

UMUM 
SHILLING

Shilling ialah duit syiling dalam sistem mata

wang British. Shilling ialah bersamaan dengan

12 pence, dan 1/20 daripada satu paun sterling.

Shilling telah digantikan pada tahun 1971 dengan

duit syiling yang mempunyai nilai yang sama

dengan sekeping duit syiling lima pence yang

baru. Bagaimanapun, shilling masih lagi menjadi

unit kewangan di beberapa negara di Afrika.

UMUM 
12345

Kembali ke atas