KEMBAR SIAM | Kembar siam yang dikenali juga sebagai kembar melekat ialah kembar yang bersambung pada bahagian tertentu di tubuh mereka. Kembar seperti ini biasanya bersambung pada pinggul, dada, abdomen, punggung, atau kepala. Ada juga yang berkongsi organ dalaman seperti jantung atau hati. Kembar siam ialah kembar seiras, iaitu pasangan yang mempunyai sifat genetik yang sama. Kembar siam berlaku kira-kira satu dalam 50 000 kelahiran. Hanya kira-kira 500 kes sahaja yang dilaporkan di seluruh dunia walaupun jumlah yang sebenarnya mungkin lebih daripada itu. | UMUM | |
MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |
DEWAN WESTMINSTER | Dewan Westminster ialah bangunan yang bersambung dengan Bangunan Parlimen di London. Pada asalnya, ia merupakan dewan besar di Istana Westminster tempat selama hampir 500 tahun. | UMUM | |
MANDOLIN | Mandolin ialah sejenis alat muzik bertali. Ia mempunyai leher yang kecil dan bersambung kepada badan yang berbentuk seperti buah pir yang menyerupai badan lut. | UMUM | |
LIK | Lik ialah sayur yang berkaitan dengan bawang. Tumbuhan lik mempunyai banyak daun leper yang bersambung di pangkalnya untuk membentuk batang yang tebal. Batang lik lebarnya 2.5 sentimeter hingga lima sentimeter, dan panjangnya 10 sentimeter hingga 20 sentimeter. Batangnya adalah bahagian yang boleh dimakan, rasanya seperti rasa bawang. Lik dimakan mentah, dimasak, atau digunakan sebagai perisa untuk makanan lain. | UMUM | |
TELEGRAF MELALUI DARAT | Telegraf melalui darat merentasi Australia sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin, tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872. | UMUM | |
NORE | Nore ialah sungai di Republik Ireland. Sungai ini berpunca dari banjaran Devilsbit, di Tipperary, dan mengalir ke arah tenggara sejauh 110 kilometer. Sungai ini bersambung dengan Sungai Barrow dan Suir sebelum memasuki laut di Waterford Harbour. | UMUM | |
STRASBOURG | Strasbourg (pend. 255 937, pend. kaw. met. 388 483) ialah sebuah pusat perdagangan di Perancis. Ia terletak di tebing Sungai III dan terusan Strasbourg yang bersambung dengan Sungai Rhine menjadikan Strasboug sebuah pelabuhan penting. Ia terletak 400 kilometer ke timur Paris (lihat Perancis [peta politik]). Kilang di Strasbourg mengeluarkan bahan kimia, barangan kulit, logam, kertas, plastik, dan tekstil. | UMUM | |
POLIMER | Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali sebagai monomer . Monomer bersambung menjadi rantai melalui proses rangkaian yang berulang yang dikenali sebagai pempolimeran . Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu monomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik. | UMUM | |
TELUK HUDSON | Teluk Hudson ialah laut di pedalaman yang luas di timur laut Kanada. Ia meliputi kawasan lebih kurang 819 730 kilometer persegi. Teluk Hudson dan cabang selatannya, Teluk James berukuran kira-kira 1690 kilometer panjang dan 1118 kilometer lebar. Purata kedalamannya ialah 100 meter. Teluk Hudson bersambung dengan Lautan Atlantik melalui Selat Hudson dan bersambung dengan Lautan Artik melalui Selat Foxe. | UMUM | |