Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sang.ku.tan] | برسڠکوتن

Definisi : ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sang.ku.tan] | برسڠکوتن

Definisi : terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sang.ku.tan] | برسڠکوتن

Definisi : 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUMAH GADANG

RUMAH GADANG, rumah tradisional yang dimiliki bersama sebagai rumah pesaka oleh keluarga matrilineal di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.  Rumah ini menjadi pusat pengaturan segala yang bersangkutan dengan kehidupan para kerabat matrilineal, dan juga melambangkan semangat demokrasi kerana di sinilah tempat rakyat bermusyawarah dan melaksanakan acara adat serta acara keagamaan.

BUDAYABangunan/Kota
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA

BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada.

SASTERAPenerbitan
SURAH AL-NISA'

Surah al-Nisa’ ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang keempat mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

176 ayat. Ia dinamakan al-Nisa’ (wanita) kerana di

dalam surah ini terdapat banyak hukum yang

berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum

sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.

Surah al-Nisa’ juga disebut surah al-Nisa’ al-Kubra

berbeza dengan surah al-Nisa’ al-Sughra yang juga

dikenali dalam al-Qur’an sebagai surah al-Talaq.

Surah al-Nisa’ ini seperti juga surah-surah

Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci

mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur

kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin

iaitu tanggungjawab, hukum-hukum syariah,

menceritakan mengenai asas-asas penting yang

bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga,

keluarga, negara dan masyarakat.

UMUM 

Kembali ke atas