SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. | UMUM | |
TAMAN | Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang tanah yang disediakan kepada orang awam untuk bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta. | UMUM | |
MANDI | Mandi ialah perbuatan mencuci badan. Terdapat empat jenis mandi yang utama: (1) mandi untuk kebersihan, (2) mandi perubatan, (3) mandi bersantai atau berseronok-seronok dan (4) mandi keagamaan. | UMUM | |
MUZIK | Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi bahagian penting dalam banyak kegiatan kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik juga digunakan untuk berhibur dan bersantai. | UMUM | |