STEWART, JACKIE | Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya. Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969, tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara pada tahun 1968 dan tahun 1972. | UMUM | |
ADENAUER, KONRAD | Adenauer, Konrad (1876–1967), menjadi Canselor Republik Jerman Barat sejak penubuhannya pada tahun 1949 sehingga dia bersara pada tahun 1963. Di bawah kepimpinannya, Jerman Barat mendapat kedaulatannya, mencapai pemulihan ekonomi yang luar biasa, membangunkan kuasa tenteranya dan memainkan peranan utama dalam perpaduan Eropah Barat. Kejayaan Adenauer lebih menakjubkan kerana dia berusia 73 tahun semasa dia mula menjadi canselor selama 14 tahun. | UMUM | |
MARCIANO, ROCKY | Marciano, Rocky (1923–1969), peninju Amerika, yang menjadi juara tinju heavyweight dunia dari tahun 1952 hingga tahun 1956. Dia bersara pada tahun 1956 selepas memenangi kesemua 49 perlawanan profesionalnya. | UMUM | |
SIMPSON, BOBBY | Simpson, Bobby (1936– ) ialah pemain kriket Australia, menjadi kapten pasukan Australia dalam 39 ujian. Dia mula mengetuai Australia pada tahun 1963. Simpson bersara pada tahun 1968 tetapi dipanggil semula bagi mengetuai Australia melawan India pada tahun 1978 pada umur 42 tahun. Dia bermain dalam 62 ujian dan memungut mata larian 4869 pada purata 46.81. Simpson seorang pelontar, pemain pertahanan, dan pemukul yang cekap. Dia membuat 71 wiket pada purata 42.26 dan menangkap 110 pukulan. Robert Baddeley Simpson lahir di Sydney. | UMUM | |
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE | Mitterrand, François-Maurice (1916–1996) ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang konservatif menggantikannya. | UMUM | |
SURTEES, JOHN | Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal 500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960. Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun 1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970. Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England. | UMUM | |
SMITH, JAMES | Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871. Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888 sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith lahir di George Town, Tasmania dan bekerja sebagai perantis pengilang tepung dan mencari gali emas di Victoria. | UMUM | |
LIE, TRYGVE | Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union menentang Lie kerana sokongannya terhadap tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie bersara dengan harapan dapat mengendurkan ketegangan antarabangsa. | UMUM | |
NEGARAWAN | Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja. Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara. | UMUM | |
ASHE, ARTHUR | Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain dengan pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam pertama yang memenangi kejuaraan perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara daripada pertandingan tenis pada tahun 1980. | UMUM | |