BURUNG HITAM BERSAYAP MERAH | Burung hitam bersayap merah ialah nama satu daripada beberapa spesies burung hitam Dunia Baru. Burung ini hidup di Amerika Utara dan Amerika Tengah dari Pergunungan Rocky hingga Lautan Atlantik. | UMUM | |
PINJAL | Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat Tifus; Wabak bubonik. | UMUM | |
MAYFLY | Mayfly ialah serangga yang kecil molek, bersayap bercorak renda dan berekor panjang bercabang yang meleret semasa terbang. | UMUM | |
BURUNG BOTAK | Burung botak ialah burung besar berkaki panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak mencari makanan di paya dan rawang, tetapi sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau di dataran berumput dan di kawasan ladang. | UMUM | |
PRATINKOL | Pratinkol ialah nama yang diberi kepada 16 spesies burung yang bersayap panjang tirus dan ekornya bercabang. Pratinkol terdapat di selatan Eropah, Afrika dan Asia. Ia hidup di kawasan rata, terdedah, kontang dan juga dekat air tawar. Pratinkol terbang laju dan lincah. Ia memakan serangga besar yang ditangkap semasa terbang atau di atas tanah. | UMUM | |
STILT | Stilt ialah burung randuk berkaki panjang, kurus. Kaki yang kurus ini menjadikan burung ini kelihatan seperti berjalan di atas jangkungan (stilt dalam bahasa Inggeris). Stilt berkaitan dengan avocet, dan ia tinggal di Hemisfera Timur dan Barat. Kakinya biasanya berwarna samar terang. Paruhnya yang nipis, runcing berwarna hitam. Stilt lebih kurang 40 sentimeter panjangnya. Stilt bersayap hitam luas taburannya di Hemisfera Utara dan Selatan. Stilt berjalur di Australia mempunyai kaki berwarna kuning. Stilt membina sarang dengan melapik tempat yang rendah di atas tanah dengan rumput. Stilt betina bertelur tiga atau empat biji telur berwarna zaitun atau krim dan berbintik-bintik coklat. Stilt hidup di kawasan yang panas, di sepanjang kolam yang cetek di paya air tawar dan air masin. Lihat juga Avoset. | UMUM | |
SKIT | Skit ialah sukan menembak piring sasaran jenis Amerika. Seperti dalam sukan menembak perangkap, sasaran dilepaskan ke udara daripada perangkap berspring logam. Dua rumah sasaran terletak 38 meter jauhnya. Sasaran dilepaskan dari setiap rumah melintasi tiang tengah antara keduadua rumah ini, dan pada sudut penerbangan yang berbeza agar dapat menjangka kesan tembakan terhadap sasaran bersayap. | UMUM | |
WAU | WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |
BENGKUNG | BENGKUNG, kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu. Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang. Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm. Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular. Ada kalanya seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris. | BUDAYA | Alat/Alatan |