KAPAK | Kapak ialah alat pemotong yang diperbuat daripada kepala kapak yang bersegi yang dipasang pada batang pemegang. | UMUM | |
SENI KHAT | Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik. Seni khat dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat- ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan khat. Keindahan seni khat bukan sahaja dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an, kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam, tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar, mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman, tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
PRISMA | Prisma ialah sebuah bungkah padu yang mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini merupakan poligon yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya bersegi dan selari. | UMUM | |
SOREL | Sorel ialah nama yang diberi kepada beberapa tumbuhan dalam famili gandum kuda. Semua tumbuhan ini mempunyai daun berjus dan batang yang mengandungi asid oksalik yang memberikannya rasa masam. Bunganya yang kecil, berwarna hijau tumbuh tiga-tiga. Bijinya adalah kekeras bersegi tiga. Daun sesetengah sorel bertukar warna menjadi merah terang pada akhir musim panas. | UMUM | |
PUAN | Puan, tepak sirih yangdiperbuat dan direka bentuk khas menggunakan perak dan emas. Saiz puan lebih besar daripada tepak sirih biasa. Puan diperbuat dalam bentuk bulat dan berkaki seakan-akan pahar. Ada yang berbentuk bersegi-segi dan segi empat bujur dan ada juga yang dibentuk melambangkan seekor burung. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KAABAH | Kaabah, binaan batu bata bersegi empat, yang terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram, Makkah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah atau Baitulharam dan merupakan simbol agama Islam yang paling utama dan menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan fardu haji. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAHJUNG | Mahjung juga dieja mah jong atau mah-jong ialah sejenis permainan orang Cina yang berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M. Mahjung sama dengan permainan rummy, iaitu sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun, sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136 buah piawai yang terdiri daripada buah angin, buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga 9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai lapan buah bonus yang mewakili bunga dan musim. | UMUM | |
ARCHIPENKO, ALEXANDER | Archipenko, Alexander (1887–1964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). | UMUM | |
BOT RATA | Bot rata ialah penunda yang besar, berbentuk seperti rakit yang digunakan untuk membawa muatan dan penumpang. Bot rata mempunyai dasar dan hujung bersegi yang rata. | UMUM | |