PROTOZOA | Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan protozoa bersama lain-lain organisma ringkas dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa dikenali sebagai protozoologi. | UMUM | |
DINOFLAGELAT | Dinoflagelat ialah sejenis organisma bersel tunggal yang terdapat di seluruh lautan dan di tasik air tawar dan kolam. | UMUM | |
DIATOM | Diatom ialah organisma mikroskopik bersel tunggal. Diatom terdapat di lautan, tasik air tawar, sungai dan anak sungai dan juga di tanah yang lembap. Dalam air, diatom hidup melekat pada batuan, pasir atau tumbuhan, atau ia mungkin terapung bebas | UMUM | |
DERIA | Deria ialah cara haiwan bersel banyak memberitahu apa yang berlaku dalam persekitarannya. Ramai orang menyangka bahawa manusia hanya mempunyai lima deria — pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Tetapi terdapat jenis deria lain yang memberi maklumat tentang kedudukan dan pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan, dan rasa dahaga. | UMUM | |
PARAMESIUM | Paramesium ialah organisma kecil bersel satu yang hampir tidak dapat dilihat tanpa mikroskop. Jenis organisma ini dinamakan protozoa. Paramesium hidup di kolam dan anak sungai yang mengalir perlahan. | UMUM | |
EUGLENA | Euglena ialah genus (kumpulan) organisma mikroskopik, bersel satu | UMUM | |
NUMMULITE | Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap cangkerang melingkar dan terbahagi kepada banyak kubuk kecil. | UMUM | |
SENGKENIT LEMBU | Sengkenit lembu , juga dikenali sebagai sengkenit demam Texas, ialah pembawa penyakit demam Texas, sejenispenyakit lembu. Sengkenit ini berbentuk bulat dan berwarna perang berangan. Ia membawa organisma bersel satu yang menyebabkan penyakit tersebut. Sengkenit ini menyuntik organisma satu sel tersebut ke dalam badan lembu dengan air liurnya semasa ia menghisap bendalir badan lembu. Organisma satu sel ini akan membiak dalam darah lembu dan memusnahkan korpuskel darah merah. | UMUM | |
YIS | Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain minuman keras. Yis yang digunakan secara komersial terdiri daripada organisma halus bersel tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis, tetapi hanya beberapa yang digunakan secara komersial. | UMUM | |
SAINS HAYAT | Sains Hayat‚ ilmu yang mengkaji hidupan secara saintifik dari yang bersel tunggal seperti ameba‚ paramesium (haiwan)‚ rumpair‚ kulat dan bakteria (tumbuhan) hingga kepada hidupan peringkat tinggi seperti vertebrata‚ mamalia dan pokok. Ahli-ahli yang membuat kajia | BIOLOGI | Disiplin Ilmu |