Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.li.mut] | برسليموت

Definisi : 1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.li.mut] | برسليموت

Definisi : me­makai atau menggunakan selimut; ber­selubung dgn selimut: Busu tidak su­ka tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,

Peribahasa

Malam berselimut embun,
     siang bertudung awan.

Bermaksud :

Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MUZZAMMIL

Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

20 ayat. Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang

yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan

perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w.

seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut, (Muhammad)”.

(Surah al-Muzzammil 73:1)

UMUM 

Kembali ke atas