RAJA ALAM | RAJA ALAM (? - ?), pemerintah Minangkabau pada abad ke-16. Raja Alam juga dikenal sebagai Yang Dipertuan Sakti. Berdasarkan Kaba Cindo Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Mereka ini bergelar Raja nan Tigo Selo. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ADAT | RAJA ADAT, gelaran pemerintah Minangkabau, pada abad ke-16. Berdasarkan Kaba Cindua Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Ketiga-tiga pemerintah ini dikenal sebagai Raja nan Tigo Selo. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SULTAN ALI | SULTAN ALI ( ? -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU | ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MISA MELAYU | MISA Melayu, karya sastera sejarah Melayu tradisional. Misa Melayu telah dikarang oleh Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid pada abad ke-18. Satu versi hikayat ini yang dikaji oleh Wintedt mencatat tahun 1252 H. Bersamaan 1836 M. Misa Melayu memulakan perceritaan tentang sejarah negeri Perak dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah. Pengarang banyak menumpukan perceritaan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Shah bersemayam di Kuala Kangsar sementara adindanya, Sultan Muhammad Syah, bersemayam di Pulau Tiga. Untuk mengelakkan Perak daripada berpecah dua, Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul, dengan putera Sultan Muhammad Syah, Raja Muda Iskandar Syah. Sultan Muzaffar Syah memerintah Perak dengan Iskandar Syah sebagai Raja Muda. Sultan Muzaffar Syah memerintah dengan baik dan berjaya mematahkan rancangan Raja Halim menderhaka padanya. | SASTERA | Karya |
SERI MENANTI | SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum Negeri Sembilan bernama ‘Negeri Sembilan’, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak. Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor. Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH | ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga. | BUDAYA | Konsep |
KOTA MALAWATI | KOTA MALAWATI, kota atau kubu yang pernah menjadi pusat pertahanan dan tempat bersemayam raja-raja yang memerintah di Selangor. Kota ini terletak di atas Bukit Selangor di belakang pekan Kuala Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTA KUALA MUDA | KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |