Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETAPA

Petapa adalah seseorang yang tinggal

bersendirian, jauh dari hubungan sosial dengan

orang lain. Lelaki dan wanita menjadi petapa atas

pelbagai sebab. Mereka mahu menjauhkan diri

dari kejahatan atau godaan yang wujud dalam

masyarakat. Mereka percaya dapat menyucikan diri

mereka dengan cara tinggal bersendirian. Atau

mereka mungkin sekadar tidak ingin melakukan

sebarang perkara dengan manusia lain.

UMUM 
LILIN HAIWAN

Lilin haiwan digunakan bersendirian atau

diadunkan dengan lilin petroleum untuk membuat

dian, penggilap, dan keluaran-keluaran lain.

UMUM 
BURUNG HANTU

Burung hantu ialah sejenis burung yang

biasanya hidup bersendirian dan mencari

makan pada waktu malam.

UMUM 
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
MASYARAKAT KOMUNAL

Masyarakat komunal ialah masyarakat yang

dibentuk oleh mereka yang percaya bahawa

mereka boleh bersama-sama menjadikan

kehidupan ini lebih baik daripada melakukannya

secara bersendirian.

UMUM 
EARHART, AMELIA

Earhart, Amelia (1897–1937?) ialah juruterbang

Amerika. Dia menjadi wanita pertama yang

menyeberangi Lautan Atlantik melalui udara dan

juga wanita pertama yang membuat penerbangan

melintasi Lautan Atlantik bersendirian.

UMUM 
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 
ABU NU‘AYM AL-ASBAHANIY

Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948

M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan

ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh

ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn

‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia

sering bersendirian dalam usaha mendapatkan

ijazah daripada gurunya sebagaimana dia

bersendirian dalam mencari ilmu daripada para

ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya

untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya,

kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian

sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada

orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad

hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil

karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al-

Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj

‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al-

Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al-

Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al-

Asbahaniy hidup selama 94 tahun.

UMUM 
PERSATUAN PERDAGANGAN

Persatuan perdagangan ialah sebuah

organisasi yang bukan bermatlamatkan

keuntungan dan mewakili sekumpulan firma

perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai

kesatuan masing-masing secara sukarela dan

menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di

dalam sebuah kesatuan perdagangan akan

bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian.

UMUM 
STEENBOK

Steenbok, juga dieja steinbok, ialah antelop

kecil yang hidup di selatan dan tengah timur Afrika.

Namanya bermakna rusa jantan bata dalam bahasa

Adrikaan kerana warnanya kemerah-merahan.

Steenbok dewasa tingginya kira-kira 55 sentimeter

pada paras bahu dan beratnya kira-kira 11

kilogram. Steenbok jantan bertanduk pendek, lurus

dan steenbok betina tidak bertanduk. Steenbok

biasanya hidup bersendirian di hutan jarang dan

kekal berada di kawasan tertentu yang dinamakan

wilayah. Ia boleh hidup tanpa meminum air.

Steenbok mendapat lembapan yang diperlukannya

daripada rumput dan daun yang dimakan.

Pengelasan saintifik. Steenbok adalah anggota famili

Bovidae. Ia adalah Raphicerus campestris.

UMUM 
12

Kembali ke atas