Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada lebih rendah daripada suhu udara atau sama dengan suhu udara apabila kelembapan relatif adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan permukaan, disejukkan di bawah takat embun. Penyejukan udara ini menghasilkan embun di permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan, atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan terbentuk apabila banyak udara disejukkan di bawah takat embun. Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan. |