TANGAN | Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek. Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan menggenggam benda dan melakukan banyak pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh bersetentang. Untuk membantu memahami kerja yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa menggerakkan ibu jari anda. | UMUM | |
MASJID ZAHIR | MASJID ZAHIR, masjid negeri Kedah. Masjid ini terletak di antara Jalan Pekan Melayu dengan Jalan Kampung Perak, Alor Setar. Kedudukan masjid ini bersetentang dengan Balai Besar Negeri. Tapak asalnya ialah tapak lama masjid negeri yang dibina sejak Alor Setar menjadi pusat pentadbiran negeri Kedah Darul Aman yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu’azzam Syah II (1710-1778) pada tahun 1735. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
MASJID NEGARA | MASJID NEGARA, masjid negara Malaysia. Masjid ini terletak dalam sebuah kawasan seluas 5.3 hektar bersetentang dengan pejabat Keretapi Tanah Melayu. Bangunan masjid yang meliputi kawasan seluas dua hektar ini mengandungi dewan sembahyang, dewan syarahan, makam pahlawan, perpustakaan, bilik diraja dan pejabat imam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |