Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : bersiap (berpakaian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Peribahasa

Lunak gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas